Haleluyah Retreat Centre, Khamis, Februari 7, 2008 __ Mungkin acara retreat PMM kali ini merupakan pengalaman yang baru bagi sesetengah ahli dan entah yang ke berapa kali bagi yang lain namun apa yang pasti, bukan lokasinya yang dilihat tetapi persekutuan dan berkat yang dikecapi sepanjang aktiviti retreat inilah yang lebih diutamakan.
Sepatutnya rombongan bertolak dari Keliangau ke HRC pada jam 1.00 PM tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal dengan kereta Dkn. David, maka rombongan bertolak pada masa yang sedikit lewat dari masa itu. Trip Cik. Jenny diminta Pengerusi agar bertolak menyusuli trip Dkn. Nataniel yang sudah mendahului lebih awal kerana mereka perlu singgah di SIB Taginambur untuk menyerahkan kunci rumah milik Ps. Ebin yang tertinggal. Trip Pengerusi mengiringi trip Dkn. David sebab mana tau kereta dia rusak lagi.
Trip-trip yang terakhir, tiba di HRC pada kira-kira 5.00 PM iaitu sejam lebih lewat dari masa yang sepatutnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak mengganggu aktiviti pada sebelah malamnya. Semua aktiviti Dewan dikendalikan oleh Dkn. David. Semasa aktiviti Dewan pada malam hari pertama, iaitu sejurus selepas makan malam, ahli-ahli diberi input-input yang vital agar mereka mampu hidup kudus dalam dunia yang semakin sarat dengan perlakuan dosa ini. Selepas menikmati supper, aktiviti malam hari pertama diteruskan dengan Devotion. Dalam aktiviti ini, ahli-ahli dipisahkan kepada 3 kumpulan Devotion yang masing-masingnya diketuai oleh Dkn. David, Pengerusi dan Dkn. Nataniel. Para ahli disajikan dengan “7 Sikap Pemenang vs Pengalah”.
Mandi malam merupakan satu hal yang merumitkan kerana para ahli terpaksa berjuang menahan kesejukan yang teramat sangat; apatah lagi mandi pagi. Mujur pada pagi hari kedua, acara senamrobik diadakan sebelum mandi. Selepas bersarapan, para ahli sekali lagi pergi kepada kumpulan Devotion masing-masing, di lokasi pilihan masing-masing di kawasan HRC. Kali ini, para ahli disajikan dengan “Sentiasa diselamatkan?” dan “Pengurusan Masa yang Berkesan”. Aktiviti Dewan yang menyusuli sungguh menyeronokkan kerana sebelum diberi makanan rohani, para ahli di’buli’ dengan permainan “musical chair”. Inda sangka juga c Pipi yang juara. Sesi belajar memasak yang menyusuli menyaksikan tiga beradik menunjukkan kehebatan resipi memasing ni. “Chap Choi” oleh Dkn. David, “Ayam Masak Lada Hitam” oleh Abg. Johan dan “Kari Babi” (ah besa lah) oleh Pengerusi. Antara ahli yang paling enthusiastic dalam acara ini adalah ‘kembar tiga’ yakni Fyenelyne, Jane dan Lisa.
Sebab terlalu penat akibat aktiviti yang agak memerlukan tenaga fizikal yang banyak, aktiviti outing yang sepatutnya diadakan terpaksa ditunda ke hari berikutnya. Hatta, aktiviti selepas makan tengahari diisyitiharkan sebagai masa sendiri. Ada antara ahli yang memanfaatkan masa sendiri ini untuk berehat dan ada pula yang bersiar-siar di sekitar HRC sambil minum kupi dan mengambil gambar kenangan. Pada sesi malamnya pula, selepas aktiviti Devotion yang membawa sajian “Pekerjaan atau Pelayanan”, aktiviti meraikan para ahli yang lahir dari bulan Januari hingga Jun diadakan iaitu semasa supper.
Pada hari terakhir, penantian terbukti merupakan satu penyeksaan bagi para ahli yang bangun awal untuk acara senamrobik. Memandangkan pengendali senamrobik ini tidak dapat hadir mungkin disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan, para ahli yang sudah bangun mengambil keputusan untuk ‘melihat bumbung’. Sejurus selepas sarapan pagi, para ahli berkemas untuk bertolak balik. Sebelum bertolak para ahli mengadakan sesi fotografi berlatarbelakangkan bunga-bungaan nan indah dan berwarna-warni.
Sebelum balik ke Keliangau, para ahli mengadakan acara outing ke Taman Kinabalu dan Taman Memorial di Kundasang. Acara yang mana memberi pengalaman pahit, manis dan ada juga yang melucukan pada para ahli. Rombongan akhirnya bertolak balik ke Keliangau dalam dua konvoi yakni, konvoi Pengerusi dan Dkn. David dan yang kedua, konvoi Dkn. Nataniel dan Cik. Jenny. Kedua-dua konvoi tiba di Keliangau dengan selamat, puji Tuhan.
Kiranya retreat kali ini membawa insight yang baru dalam kerohanian dan juga motivasi baru dalam pelayanan setiap ahli. Sekian, Tuhan memberkati_ Edward Ebin
| Ahli Jawatankuasa Aktiviti Retreat PMM bersama PIS ke Haleluyah Retreat Centre, Ranau | ||
| Pengerusi | : | Dkn. Edward Ebin |
| Aturcara | : | Dkn. Edward Ebin |
| Bendahari | : | Cik. Jenny Gindamin |
| Sesi Devotion | : | Dkn. David, Dkn. Edward, Dkn. Nataniel, Cik. Jenny |
| Aktiviti Dewan | : | Dkn. David Ebin |
| Fotografi | : | Papparazis |
| Makanan | : | Abg. Johanes and Co. |
| Kenderaan | : | Abg. Johanes Ebin |
| Peserta (termasuk Ajk) | : | Christy Floria, Christyolivia, David, Edward, Fiona, Fyenelyne, Ivy, Jane, Jenny, Johanes, Kheven, Lisa, McLister, Mercella, Nataniel, Rajiv Shah, Saila, Sairye. |
| Objektif | : | i. Merawat rohani setiap ahli. ii. Memotivasikan setiap ahli dalam pelayanan. iii. Menerapkan sikap bersyukur pada setiap ahli atas alam semulajadi ciptaan Tuhan. |
No comments:
Post a Comment