PULAU SAPI, Jumaat, Januari 23, 2004 __
Setelah tiba di Pulau Sapi, kami tidak diturunkan di jeti yang ada kerana air laut belum pasang lagi. Kami diturunkan di tepi pantai, dan itu adalah pengalaman yang sangat menarik. Setelah mendapat tempat yang selesa, kami memulakan persekutuan doa. Alexander mengendalikan persekutuan doa ini dan renungan yang dibawa menyentuh tentang perhubungan antara ahli dalam pelayanan.
Tepat jam 8.30, ‘games’ dimulakan. Audri mengendalikan acara ini. Ahli dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diarah untuk membina istana menggunakan pasir. Setelah siap, setiap kumpulan diberi peluang menghancurkan istana jirannya dengan lontaran bebola pasir. Permainan ini sangat menyeronokkan sehingga para ahli lupa jurang umur.
Pada jam 10.00 pagi kami memulakan sesi ‘sharing’. Nataniel mengendali acara ini.
Setelah juadah tengah hari disediakan, kami makan bersama pada jam 11.15 tengah hari. Setelah kenyang dan hati pun senang, para ahli berehat seketika. Lebih kurang jam 12 lebih, semua ahli diberi kebebasan melakukan aktiviti masing-masing tetapi sentiasa memberi makluman kepada ketua jawatankuasa rombongan sekiranya ingin ke sesuatu tempat yang lain. Ada beberapa ahli yang mengambil kesempatan untuk tidur dengan menguburkan diri dalam pasir, bermain bola tampar, ada yang berenang (snorkeling), ada juga yang berjalan kaki mengelilingi pulau; dengan cuaca yang dingin, angin sepoi-sepoi bahasa, sekali sekala kuat jugalah sedikit, ada pula yang duduk sahaja sambil kagum melihat keindahan alam yang dijadikan Tuhan… ewah!
Sementara kami sibuk dengan karenah masing-masing, kami dikunjungi oleh makhluk hampir serupa meminta makanan, yang juga menarik perhatian pelancong yang ada. Monyet-monyet ini nampaknya sudah biasa dengan kehadiran manusia di habitatnya.
Pada jam 3.45 petang, dengan senyuman puas hampir melepasi garisan telinga, kami pun berangkat ke jeti dan tepat jam 4.00 petang, ‘speed boat’ telah sedia menanti ketibaan kami. Kami tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu kira-kira jam 4.20 petang dan dijemput oleh Dk. Sipin, Dks. Lilah dan En. Rubbin M. Kenderaan lainnya dimiliki oleh Saudara Johanes dan Edward. Kami tiba di rumah masing-masing kira-kira jam 5.00 petang.
Syukur dan kemuliaan bagi Tuhan semesta alam atas pimpinan-Nya sehingga semua perancangan masa dapat ditepati dan para ahli kembali dengan selamat. Puji Tuhan sekali lagi._ Nataniel Ebin.
1.0 Ahli Jawatankuasa Aktiviti
Pengurus/ Setiausaha : Nataniel Ebin
Bendahari : Nataniel Ebin
Pengangkutan (Bot) : Edward Ebin
Pengangkutan (Kenderaan) : Julie Gindamin
Publisiti/ Senarai Peserta : Elly Karmila Sipin
Johanes Ebin
Makanan/ Minuman : Widya Kindamin
Edward Ebin
Aturcara : Nataniel Ebin
Audri Moritz Sipin
& Jenny Gindamin
Laporan/ Jurnal : Alexander Rubbin
Keselamatan/ First Aid : Julie Gindamin
Semua Ajk
2.0 Objektif
i. Mengeratkan persekutuan menegak (vertical fellowship) dan mendatar (horizontal fellowship).
ii. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
iii. Mempelbagaikan suasana persekutuan.
iv. Memberi pengalaman baru kepada ahli.
MAKTAB TEOLOGI SABAH, Isnin, Februari 23, 2004 __ Rombongan bertolak dengan menaiki 4 buah kereta yakni kereta Dk. David, Dk. Edward, Johanes dan sebuah kereta sewa yang dipandu oleh Dk. Nataniel. Seramai 15 ahli PMM telah menyertai aktiviti ini. Rombongan bertolak dari gereja SIB Keliangau sekitar jam 7.30 pagi dan tiba di perkarangan Gereja SIB Ranau sekitar jam 9.00 pagi. Rombongan bersarapan di sebuah restoran dalam kawasan gereja tersebut. Di situ rombongan juga berpeluang bersua dengan Penatua Juhirin Kantis yang mana telah dihubungi lebih awal berkenaan ketibaan kami di
Rombongan tiba di Maktab Teologi Sabah sekitar jam 10.00 dan disambut secara tidak formal oleh Pengetua MTS iaitu Ps. Saniel Angkut yang pada masa ketibaan kami sedang memotong selonggok kelapa-kelapa muda. (U.p., lawatan PMM ke MTS adalah lawatan tidak formal). Kami diberi sedikit sebanyak maklumat oleh Ps. Saniel mengenai selok-belok MTS termasuklah penubuhan, pengetua pertama, kelayakan kemasukan dan sebagainya. Sambil minum air kelapa rombongan mengadakan sesi soal jawab dengan Pengetua MTS. Rombongan kemudian dibawa melihat senario MTS oleh Ps. Raisinah. Kami sempat melihat ‘chapel’, perpustakaan, pejabat dan tidak lupa juga kolam-kolam ikan yang sarat dengan ikan-ikan pelbagai saiz. Setelah mengucapkan jutaan terimakasih kepada warga MTS, rombongan meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring pada jam 12.00 tengah hari.
PORING __ Setibanya di Poring Hot Spring, kami bermandi-manda di dalam kolam-kolam yang ada. Daripada 15 ahli yang ada cuma 3 orang ahli yang tidak turut mandi. Kerana terlalu asyik bermandi-manda ada beberapa antara kami yang merasa pening apabila keluar dari kolam mandi. Setelah menukar pakaian, rombongan bertolak ke Pekan Ranau sekitar jam 3.00 petang untuk makan tengah hari.
Dalam perjalanan balik kami sempat membeli sayur-sayuran dan walaupun bukan semuanya, ada juga antara kami yang berpeluang untuk membuat lawatan secara tidak rasmi ke kawasan ternakan lembu tenusu ‘Desa Cattle’._ Edward Ebin
1.0 Ahli Jawatankuasa Aktiviti
Pengurus : Alexander Rubbin
2.0 Objektif
i. Mengetahui selok-belok MTS dengan lebih dekat.
ii. Mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran teologia.
iii. Rekreasi
RUMAH WARGA TUA SRI PRITCHARD, KINARUT, Sabtu, Jun 5, 2004 __ Seperti yang telah dirancangkan PMM dan dipengerusikan oleh Julie merangkap Timbalan Pengerusi PMM, aktiviti lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard telah berjalan dengan baik.
Lawatan ini disertai oleh ahli-ahli PMM SIB Keliangau dan SIB Pekan Menggatal, turut menyertai adalah Pastor Sidang SIB Keliangau, Ps. Jainol Baun dan Pengerusi PIS SIB Keliangau, Dk. David Ebin.
Aktiviti bermula dengan bersarapan bersama ahli-ahli PMMSIB Keliangau dan PMMSIB Menggatal di Menggatal sebelum jam 0640 pagi. Selepas bersarapan rombongan bertolak kira-kira jam 0725 pagi untuk ke destinasi. Rombongan tiba lebih awal dari masa yang dijangkakan iaitu kira-kira jam 0815 pagi.
Pada jam 0820 pagi rombongan diberikan taklimat oleh Pn. Jamilah. Beliau adalah salah seorang daripada kakitangan-kakitangan rumah warga tua tersebut. Melalui taklimat beliau, kami sedikit sebanyak mendapat maklumat tentang asal-usul Rumah Warga Tua Sri Pritchard. Antaranya adalah bahawasanya nama rumah warga tua ini diambil sepena nama William Pritchard yang menurut sejarah, telah memberikan sebidang tanah bagi membina kediaman golongan warga yang sangat miskin. Rumah Warga tua ini merupakan yang terbaik bukan sahaja di
Kami juga dimaklumkan bahawa kemasukan ke rumah warga tua ini adalah percuma dan semua kemudahan serta saraan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, sesiapa yang bercita-cita untuk masuk perlu melalui tahap-tahap penentuan kelayakan. Contoh calon yang sangat sesuai adalah seorang yang tinggal merempat di mana-mana rumah usang dan tidak mempunyai sebarang sanak-saudara.
Penduduk rumah warga tersebut terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama yakni Jawa,
Tidak sia-sia rombongan kami tiba awal kerana kami difahamkan bahawa pada hari tersebut ada beberapa lagi rombongan yang akan melawat rumah warga tua tersebut. Rombongan yang seterusnya akan tiba jam 1000 pagi.
Sebelum meneruskan untuk melawat warga tua, kami memberi ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Jamilah atas kesediaan beliau serta kakitangan rumah warga tua menerima lawatan kami. Kami memberikan cendera kenangan kepada beliau yang berupa plak dan pasu bunga.
Tanpa membuang masa, selepas sahaja taklimat selesai, kami diiringi oleh Pn. Jamilah sendiri untuk melawat penghuni serta memberi mereka ole-ole. Setelah selesai melawat semua warga tua bersama Pn. Jamilah, kami diberikan kebebasan untuk berinteraksi lebih lanjut dengan mereka. Kami melaksanakan aktiviti yang seterusnya ini dalam beberapa kumpulan kecil.
Kebanyakan warga tua yang kami lawati berasa senang dan terhibur dengan kehadiran kami tetapi ada juga segelintir kecil yang tidak begitu bersedia dilawati.
Aktiviti lawatan warga tua berakhir pada jam 1000 pagi. Kami kemudian mengambil masa melihat infrastruktur yang ada di
Kira-kira jam 1045 kami bertolak untuk mengisi perut yang sudah kosong. Sebelum balik kami juga sempat melawat tapak Rumah Besar Kinarut dan mengambil gambar bersama._ Edward Ebin
1.0 Ahli Jawatankuasa Aktiviti
Pengerusi : Julie Gindamin
Setiausaha : Alexander Rubbin
Bendahari : Nataniel Ebin
Kenderaan : Johanes Ebin
Wakil PMMSIB Menggatal : Devy Landon R. & Devi Ading
2.0 Objektif
i. Memahami keadaan masa depan setiap individu.
ii. Menghiburkan warga tua.
iii. Berkongsi berkat.
iv. Bersaksi
v. Mengeratkan perhubungan antara ahli.
vi. Memperluaskan pengertian kehidupan kepada ahli yang masih muda.
vii. Menanamkan sifat menyayangi orang tua dalam setiap ahli.
viii. Lawatan sambil belajar.
SIMPANG MENGAYAU, Khamis, November 11, 2004 __ Selepas hari ini kehidupan tidak akan sama lagi buat 16 orang yang bakal menerima pengalaman baru, suatu pengalaman yang mungkin tidak akan mereka alami sekiranya tidak menyertai aktiviti yang dipengerusikan oleh Pengerusi PMM sendiri iaitu ‘A Trip to the Tip of Borneo’. Hari dimulakan dengan ‘rendezvous’ di pondok gereja. Tidak semua ahli sampai tepat pada masanya, sebab itu pengerusi aktiviti mengambil keputusan untuk memberi ‘briefing’ kepada mereka yang sudah tiba dengan tujuan tidak membuang masa. Setelah semuanya tiba, pergerakan dimulakan dengan ucapan doa daripada Ps. Jainol Baun yang turut menyertai aktiviti. 4 buah kenderaan digunakan bagi tujuan perjalanan. Dengan berbekalkan makanan tengah hari, rombongan memulakan pergerakan kira-kira jam 0700 pagi.
Seperti yang telah dirancangkan, rombongan singgah di Kota Belud untuk tujuan sarapan pagi. Pada mulanya ada ura-ura untuk mengubah rancangan bagi mengadakan sarapan di Tuaran, tetapi ‘let’s just stick to the plan!’ Setelah selesai menjamu selera dengan mee sup Kota Belud, rombongan meneruskan perjalanan walaupun ada segelintir yang masih berbaris untuk masuk ‘office’. Perjalanan ke Kudat tidaklah sehebat jalan ke Kota Belud seketika dahulu, semua jalannya ‘ok’ kecuali beberapa kilometer sebelum sampai ke Simpang Mengayau di mana jalannya belum berturap @ ‘gravel’. Setibanya di Simpang Mengayau a.k.a ‘The Tip of
Rombongan mengadakan ibadah dengan menyanyikan beberapa buah lagu pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh Sdri. Julie. Setelah itu, rombongan mendengar renungan Firman Tuhan yang disampaikan oleh Ps. Jainol. Renungan yang disampaikan beliau menyentuh tentang khazanah yang diberikan Tuhan kepada umat manusia. “Kita harus menghargai apa yang telah diberikan Tuhan seperti alam persekitaran yang indah dan permai. Kita seharusnya memelihara apa yang dikaruniakan-Nya. Salah satu caranya adalah dengan tidak membuang sampah merata-rata.” Selepas daripada itu, para ahli dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mendoakan hal-hal semasa seperti kes ragut, kebanjiran PTI, Konferensi PMM dan sebagainya dan juga keperluan peribadi. Selesai menikmati juadah rohani, tiba pula masanya menikmati juadah jasmani iaitu ‘tapau’ makan tengah hari yang telah disediakan di Keliangau terlebih dahulu. Makan bersama-sama di waktu tengah hari dengan pemandangan yang indah yakni pasir yang memutih, laut nan menghijau dan langit nan membiru merupakan satu pengalaman yang sangat indah yang pastinya tidak akan dilupai. Begitu indahnya karya Maha Pencipta.
Setelah perut kenyang dan hati pun senang, aktiviti bersiar-siar pun bermula. Pada mulanya para ahli dibiarkan bersiar-siar sendiri. Ketika ini, ada yang berjalan-jalan di pantai sambil membawa guitar dan bernyanyi, ada yang menulis di permukaan pantai, ada yang ‘membuli’ ketam dan ada juga yang berehat-rehat di bawah redupan pokok ru. Beberapa ketika selepas itu, para ahli berkumpul semula dan aktiviti melawat tapak sebenar ‘The Tips of Borneo’ pun dimulakan.
Walaupun cuaca di situ agak panas, keadaan ini tidak melunturkan semangat para ahli untuk meneruskan acara lawatan sambil bergambar. Bermula daripada pondok, ‘pavilion’, mercu tanda dan tebing dan sampai ke ‘ujung’
Pada jam 0300 petang, acara rasmi lawatan telah selesai. Sebelum balik, para ahli sempat sekali lagi ke pantai yang ‘picture perfect’ untuk mengambil gambar-gambar kenangan dan menghabiskan gulungan filem. Dalam perjalanan balik ada antara ahli yang singgah untuk menikmati jagung bakar Kudat, ada yang singgah ‘KFC’ di Kota Belud dan ada yang terus balik. ‘Apa-apapun’ yang pastinya pengalaman ke ‘Tips of Borneo’ akan terpahat di hati masing-masing sampai selama-lamanya. Kemuliaan bagi Tuhan!_ Edward Ebin
1.0 Ahli Jawatankuasa Aktiviti
Pengerusi : Edward Ebin
Aturcara : Edward Ebin
Bendahari : Nataniel Ebin
Ibadah : Julie Gindamin
Renungan : Ps. Jainol Baun
Doa : Nataniel Ebin
Fotografi : David Ebin
Makanan : Widya Kindamin, Judy Gindamin and Co.
Kenderaan : Edward Ebin, David Ebin, Djuanis Mogirong, Julie Gindamin.
2.0 Objektif
i. Berdoa untuk hal-hal semasa yang berlaku di
ii. Mengenali bahagian
PENGHARGAAN
Pihak editor ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Majlis Gereja SIB Keliangau, Ajk PMM SIB Keliangau serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan folio ini, kiranya Tuhan melimpahkan berkat-Nya kepada saudara-saudari sekalian.
“GENERASI SETIA MEMBAWA BERKAT”
eDiTOr