KRONOLOGI PMMSIB KELIANGAU, MENGGATAL
1990
Persekutuan Pemuda-Pemudi (Belia) SIB Keliangau ditubuhkan pada tahun 1990 di bawah pimpinan Sdr. Ening Kumandu yang pada masa itu belum lagi didaftarkan di PMM SIB Pusat.
1993
Pemilihan jawatankuasa baru PMM di mana En. Yunis Sandadar telah dilantik sebagai pengerusi PMM untuk sesi 1993-1996 dan PMM SIB Keliangau didaftarkan di PMM SIB Pusat.
1998
En. Djuanis Mogirong telah terpilih sebagai pengerusi PMM ke-3 untuk sesi 1998-2000.
2001
En. Maikol Kembiong menerajui kepimpinan PMM menggantikan En. Djuanis Mogirong bagi sesi 2001-2003.
2002
September 2002, Pengerusi PMM, En. Maikol Kembiong mengusulkan agar Setiausaha beliau, En. Alexander Rubbin dilantik sebagai Pemangku Pengerusi PMM sehingga akhir tahun 2002 kerana Pengerusi mempunyai komitmen-komitmen lain. Ketika ini, Timbalan Pengerusi, En. Edward Ebin sedang menjalani kursus KPLI di Maktab Perguruan Keningau.
2003
Mac 16, 2003, Majlis Gereja telah memutuskan untuk melantik Timbalan Pengerusi PMM, En. Edward Ebin sebagai Pemangku Pengerusi sehingga akhir tahun 2003.
VISI
“Giat Bersekutu, beribadah dan melayani dalam keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpegang kepada prinsip-prinsip Allah”
MISI
“Mempraktikkan kepimpinan dalam setiap ahli, mengeratkan persaudaraan dalam Kristus sesama ahli dan juga dengan ahli PMM setempat, berbakti kepada masyarakat dan mempelbagaikan aktiviti selaras dengan Visi PMM SIB Keliangau”
DISKLAIMER
Aktiviti Pelayanan Muda-Mudi (Belia) SIB Keliangau tidak merangkumi aktiviti pentas/mimbar seperti pimpin pujian, bermain muzik, menari rebana, OHP dan sebagainya kerana semua aktiviti pelayanan yang disebutkan ini dijalankan di bawah seliaan Pelayanan Ibadah dan Seni (PIS) SIB Keliangau yang dipengerusikan oleh Dk. David Ebin.
PELAYANAN PMM DALAM SIDANG
Puji dan syukur kepada Tuhan kerana Dia memberikan banyak peluang pelayanan di Gereja SIB Keliangau. Situasi PMMSIB di Gereja Keliangau agak unik kerana kebanyakan ahli PMMSIB Keliangau adalah juga ahli kepada bidang-bidang pelayanan lain yang ada. Sebagai contohnya hampir semua Ajk PMM adalah juga merupakan Ajk Tabung Muzik yang bertanggungjawab menyumbang saran untuk mencari idea mendapatkan dana bagi menambah baik sistem bunyi di Gereja ini. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, kita ambil Bendahari PMM sebagai contoh. Beliau juga bertugas sebagai
SARANAN KEPADA PMM SECARA AM
Aktiviti PMM sesuatu sidang itu tidak semestinya sama dengan aktiviti PMM di sidang lain. Jenis-jenis aktiviti yang ingin dilaksanakan boleh disumbang-saran dan dibincangkan dalam jawatankuasa PMM sesuatu sidang itu sendiri dan sekiranya diluluskan oleh Majlis Gereja ia bolehlah diadakan.
Aktiviti dalaman PMM SIB Keliangau dijalankan setiap tengah hari atau petang Ahad iaitu selepas kebaktian dan dilaksanakan dengan dikendalikan oleh salah satu daripada 5 kumpulan secara bergilir-gilir. Aktiviti yang dijalankan tertakluk kepada satu-satu kumpulan itu. Aktiviti boleh jadi kebaktian, kuiz, rekreasi dan sebagainya. Setiap ahli dalam kumpulan juga digalakkan untuk menggilirkan tugas-tugas pengendali aktiviti, pembawa renungan, pemimpin pujian dan sebagainya. Dengan cara ini, setiap ahli mempunyai peluang untuk bertindak sebagai pemimpin. Dari sinilah sifat-sifat kepemimpinan itu dapat disemai dalam diri muda-mudi.
Pelayanan PMM tidak semestinya bertumpu di pentas/mimbar sahaja. Di sekolah kita dididik agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tidak salah jika kita gunakan konsep ini dalam mempelbagaikan aktiviti PMM. The Bible says, “…my spirit is willing but my flesh is weak…” Di sini kita perlu menyeimbangkan kelima-lima faktor tersebut. Sebagai contohnya dari segi jasmani, kita boleh melaksanakan aktiviti riadah seperti berjoging, bersukan dan sebagainya. Bagi intelek pula kita boleh adakan kuiz alkitab dan kuiz kontemporeri. Lawatan ke tempat-tempat yang baru boleh juga meningkatkan pengetahuan kita. Tidak dinafikan bahawa perkara paling penting bagi seorang Kristian adalah mengetahui dan mematuhi prinsip-prinsip Allah serta melaksanakan amanat agung yang diberikan-Nya, tambahan daripada itu, kita juga perlu tahu tentang hal-hal dunia yang mampu membawa manfaat kepada kita selagi kita hidup di dunia ini.
Salah satu cara kita bersaksi adalah dengan mendekati seseorang dan membacakan kepadanya 4 hukum rohani. Walau bagaimanapun
Masa ini bukan lagi masa kejahilan (‘time of innocence’) kerana yang jahil secara rohani mahupun manusiawi akan ditindas oleh golongan yang lebih celik dan pintar tetapi tidak mempunyai integriti. Jadi marilah kita perlengkapi diri kita dan rakan-rakan kita sebagai golongan muda-mudi yang bakal menerajui kepimpinan di masa akan datang dengan perlengkapan senjata rohani melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Jadilah seperti jemaat di
No comments:
Post a Comment